NAFAS ITU RUHKU

Photo by Cristian Newman on Unsplash
Dyah Ayu Fitriana
Sayang, aku hanya menyandang ketulusan sahaja
Entah berapa kali kalbuku akan lebur hanya dengan sececah senyummu
Sayang, aku hanya punya kepercayaan
Maka akan kurelakan sayap itu kau bentangkan sepuasmu
Sayang, harus kau faham
Sejauh apapun kau mengangkasa
Hatimu tetap menunggal denganku
Luka mu tetap mencaruk tubuhku
Nafas yang kau hirup adalah ruh ku
Rangka yang kau bawa adalah jasadku
Dan dirimu adalah aku

Sayang, aku hanya menyandang kepercayaan
Tersenyumlah dalam percayaku
Dan melambunglah jauh. 

Comments

Popular Posts